Rado TambunanFM

radio online tempatan sabah | mimang ok bah

CARTA LAGU DUSUN KADAZAN DAN MURUT


OBJEKTIF

Memartabatkan lagu-lagu baru artis tempatan Sabah

 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Warganegara Malaysia dari kaum rumpun Dusun Kadazan dan Murut

Artis baru atau lama yang mempunyai lagu terbaru sama ada album single atau album penuh dan telah dicipta dan dirakam 4 tahun sebelum atau pada tahun 2019

Lagu yang dipertandingkan hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur lucah, menghina sesiapa, berunsur politik, berunsur agama dan lain-lain yang difikirkan tidak baik oleh pihak penganjur

Lagu yang memenangi carta dikedudukan teratas selama tiga minggu berturut akan layak ke pertandingan akhir Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut 2019

Lagu tercorot selama tiga minggu berturut akan terkeluar dari pertandingan akhir Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut 2019

Sebanyak 10 lagu akan ke pertandingkan akhir Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut 2019

Lagu-lagu yang layak masuk dalam pertandingan Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut 2019 boleh didengar di halaman web Radio Tambunan FM sepanjang masa dan pendengar boleh meminta untuk diperdengarkan di Radio Tambunan FM

Lagu atau peserta yang pernah menjuarai Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut sebelum ini boleh menyertai Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut 2019 dengan mempertandingkan lagu baru dan had selama 3 tahun berturut untuk Juara pertandingan

Kakitangan Radio Tambunan FM, Highway Sulap Kalangadan Cafe dan Teknik Lengkap Enterprise tidak dibenarkan mengikuti mana-mana pertandingan Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut

Segmen Carta Lagu Dusun Kadazan dan Murut akan dimainkan di Radio Tambunan FM pada setiap hari sabtu jam 3–5 petang

Penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan lagu tanpa merujuk kepada peserta empunya lagu tersebut jika terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang telah dinyatakan di atas

YURAN

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 200.00 bagi sebuah lagu dan yuran ini tidak akan dikembalikan setelah pembayaran disahkan

 

CARA PEMBAYARAN ONLINE

Daftar sebagai ahli Radio Tambunan FM di halaman web ini atau klik di sini. Menjadi ahli Radio Tambunan FM adalah percuma

Selepas menjadi ahli Radio Tambunan FM, lihat di bahagian MEMBER AREA anda untuk butang ℯWallet dan klik butang ini

Di bahagian ℯWallet nanti, klik butang ADD FUNDS dan sila isikan borang yang tertera dengan informasi harga yang betul

Anda akan dibawa untuk mengikuti proses transaksi online mengikut bank pilihan anda. Sila baca arahan dengan teliti untuk mengelakkan sebarang kesukaran nanti

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di sini

 

CARA DAFTAR LAGU ONLINE

Daftar sebagai ahli Radio Tambunan FM di halaman web ini atau klik di sini. Menjadi ahli Radio Tambunan FM adalah percuma

Selepas menjadi ahli Radio Tambunan FM, lihat di bahagian MEMBER AREA anda untuk butang CHART dan klik butang ini

Di bahagian CHART nanti, klik butang NEW NOMINATION dan sila isikan borang yang tertera dengan informasi calon yang betul

Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di sini